Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes Covid-19 meningkat lagi -
kes harian Covid-19

Kes Covid-19 meningkat lagi

KES baharu COVID-19 di seluruh negara terus meningkat untuk dua hari berturut-turut dengan 12,434 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari ini.

Semalam negara mencatatkan 11,332 kes.

Menerusi hantaran di Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,232,960.

Sarawak kekal negeri tertinggi melaporkan kes baharu harian dengan 2,967 kes, diikuti Selangor (1,362), Johor (1,289), Kelantan (1,125) dan Sabah (1,000).

Perak pula merekodkan 971 kes, disusuli Pulau Pinang (863), Pahang (663), Kedah (652), Terengganu (612), Melaka (375), Kuala Lumpur (284) dan Negeri Sembilan (169).

Tiga negeri pula melaporkan dua digit kes iaitu Perlis (79), Putrajaya (18) dan Labuan (lima).

Sementara itu, penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang semalam ialah sebanyak 64 peratus untuk katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 peratus untuk katil bukan ICU.