Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lupa 'check out' MySejahtera, ramai bertukar status kuning -

Lupa ‘check out’ MySejahtera, ramai bertukar status kuning

GARA-gara terlupa ‘check out’ aplikasi MySejahtera, ramai pengguna terpaksa berdepan kesulitan apabila status risiko mereka bertukar daripada Risiko Rendah kepada kuning atau Kontrak Kasual Tidak Bergejala.

Pengalaman tersebut dikongsi mereka dalam ruangan komen hantaran Facebook Kementerian Kesihatan berkaitan isu terlupa ‘check out’ MySejahtera.

Azmi menulis: Saya masuk KPJ Johor untuk dialisis jam 11 pagi 27 Sept. Pulang dialisis, kepala pusing, kurang fokus, terlupa nak check out. Nah, jam 11 pagi 28 Sept baru check out. Pernah saya lupa check out sampai hampir 24 jam di 1 premis. Tup tup status covid saya bertukar kpd ‘casual contact’ walaupun saya tak pergi mana. Semuanya gara2 lupa check out. Kan naya tu.

Jailani pula menulis: sama laaa…. Saya lupa check out….tengok-tengok esoknya dah kuning kat MySejahtera …dah jadi kasual contact.

Subhan menulis: ..Sama laa. Gegara lupa check out tak pasal jadi kuning.

Syed berkata: Saya pun sama lah kena kuning.

Aleesyar: Sama dgn suami saya last last keluar status oren.

Walaupun status Kontak Kasual Tidak Bergejala tidak mengkhendaki individu terbabit menjalani kuarantin, pemilik dinasihat membuat penilaian kendiri harian dan jika bergejala dinasihat merujuk fasiliti Kementerian Kesihatan dan status tersebut kekal selama 10 hari.

Dalam pada itu penjelasan KKM mengenai individu yang terlupa ‘check out’ MySejahtera, mereka tidak akan dianggap berada sepanjang masa di sesuatu kawasan itu kerana teknologi kecerdasan buatan (AI) akan menggunakan tempoh purata.

Bagaimanapun, tindakan pengguna menggunakan kemudahan ‘check out’ akan membolehkan penilaian dibuat lebih tepat.

Penjelasan lanjut di sini.