Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
60.6% rakyat Malaysia lengkap divaksin -

60.6% rakyat Malaysia lengkap divaksin

Sehingga setakat 27 September, sejumlah 60.6 peratus populasi negara sudah lengkap divaksin.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), jumlah itu merangkumi 19.78 juta individu atau 84.4 peratus populasi dewasa.

Tertinggi adalah Lembah Klang yang kini merekodkan 80.4 peratus populasi lengkap divaksin diikuti Negeri Sembilan dengan 69.7 peratus.

Keseluruhannya, sebanyak 42.69 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

PICK yang dimulakan pada 24 Februari lalu oleh pentadbiran bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah merupakan program vaksinasi terbesar dalam sejarah negara. – SB