[VIDEO] Pakar setuju warga emas baharui lesen memandu dengan syarat khas

0
316

KEMAHIRAN motor seorang manusia semakin berkurangan apabila usianya semakin meningkat dan menyebabkan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian terjejas seperti memandu.

Menurut Pakar Psikologi Trafik, Prof. Dr. Rozmi Ismail, beliau berkata setiap orang memerlukan 3 fungsi utama sewaktu memandu iaitu mata, kemahiran motor iaitu kaki dan tangan serta telinga

“Sekiranya ketiga-tiga itu boleh berfungsi dengan baik maka ianya bukan penghalang untuk warga emas memandu” katanya ketika dihubungi Satu Berita.

Tambah beliau, warga emas mudah terlupa sewaktu memandu jadi beliau mencadangkan supaya warga emas sentiasa ditemani dengan orang yang boleh dipercayai ketika memandu supaya dapat mengelakkan kemalangan.

Beliau mengulas demikian ekoran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menyarankan agar syarat khas buat warga emas sebelum mereka dibenarkan untuk memperbaharui lesen memandu.

Menyentuh perkara sama, Pensyarah Psikologi Perkembangan, Dr. Suzana Mohd Hoesni pula berpendapat bahawa satu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan sebelum satu undang-undang dapat dilaksanakan bagi membendung keadaan ini.

“Lebih-lebih lagi, Malaysia dijangka akan mencapai Status Negara Tua menjelang 2035.

“Bagaimanapun, undang-undang ini tidak boleh dilakukan secara pukul rata, kerajaan perlu melihat dengan lebih lanjut kategori yang memerlukan laporan kesihatan sebelum dapat memperbaharui lesen kereta.” katanya kepada Satu Berita.

Dr. Suzana juga sempat menasihatkan supaya warga emas mendapatkan nasihat dan rawatan doktor yang lebih tepat tentang kesihatan terutama aspek visual iaitu mata. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here