Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Kejayaan capai imuniti kelompok, tutup tohmahan jahat PH, kumpulan 15 -

[VIDEO] Kejayaan capai imuniti kelompok, tutup tohmahan jahat PH, kumpulan 15

Beberapa hari lalu, Malaysia berjaya mencapai imuniti kelompok apabila lebih 80 peratus penduduk dewasa menerima vaksin lengkap atau dengan kata lain lebih 40 juta dos vaksin sudah diberikan kepada penduduk di negara ini.

Kejayaan yang dicapai lebih awal dari sasaran asal iaitu hujung tahun ini membuktikan segala usaha pemulihan negara yang dirancang dan dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berada pada landasan yang tepat.

Kejayaan membanggakan ini juga menepis segala tohmahan jahat Pakatan Harapan (PH), parti-parti pembangkang dan Kumpulan 15 UMNO yang tidak henti-henti memburukkan segala usaha Kerajaan PN melawan pandemik Covid-19 seterusnya memulihkan kehidupan rakyat dan ekonomi negara.

Malah pada satu ketika, Pakatan Harapan (PH) dan parti-parti pembangkang serta Kumpulan 15 UMNO `berganding bahu’ menjaja pelbagai slogan dan tanda pagar termasuk `kerajaan gagal’ dan `kerajaan pembunuh’ bagi memberi gambaran jahat terhadap Kerajaan PN yang bertungkus-lumus melawan pandemik Covid-19 yang mengancam kesihatan dan kehidupan rakyat.   

Kumpulan ini juga bersekongkol merancang dan memberi tekanan dengan cara menarik balik sokongan sehingga Muhyiddin terpaksa meletak jawatan.

Pakatan Harapan dan Kumpulan 15 UMNO  mungkin berjaya menjatuhkan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin, bagaimanapun mereka gagal untuk melenyapkan segala kejayaan usaha pemulihan negara yang telah dilaksanakan oleh Muhyiddin dan diteruskan oleh kerajaan yang ada sekarang!