Warga asing perlu tanggung kos ujian saringan – PM

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua warga asing yang tiba di pintu masuk negara perlu menanggung kos ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) COVID-19, manakala bagi warganegara adalah percuma.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menyeru dengan kelonggaran yang diberikan itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab.

“Patuhilah setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini. – SB