[VIDEO] Janna Nick buat hal lagi

0
1313

PENGACARA dan pelakon popular, Janna Nick, sekali lagi mencetus ‘panas’ apabila memuat naik lagi gambar yang menarik perhatian ramai, walaupun baru sahaja reda dengan kontroversi baju nampak dada sebelum ini.

Seolah tidak pernah serik dikecam netizen, aksi yang dipaparkan menerusi Instagram miliknya kali ini dilihat agak mencolok mata.

Lebih menarik perhatian apabila pelawak Zizan Razak turut meninggalkan komen menyamakan Janna seperti sedang membuang angin namun memuji pelakon itu tetap kelihatan cantik.

Sementara itu, disebalik komen lucu tersebut, rata-rata netizen turut kembali ke ruangan komen Janna Nick untuk mengecam gambar panas beliau.

Beberapa pengguna Instagram meluahkan rasa sedih apabila Janna Nick yang dulunya seorang yang sangat sopan dalam pemakaian tetapi sejak kebelakangan ini Janna Nick semakin rancak berkongsi gambar mencolok mata di Instagramnya.

“Aku lebih suka time janna baru nak up dulu, pakaian time tu okay lagi la. Sekarang seksi sangat dah,” kata q.madeeha_q.marissa.

“Berbeza Janna Nick di awal pembabitan. Tak suka seksi and dulu lebih sopan. Maafkan saya,” kata jaddatunadam.

“Aku lagi minat Janna Nick yang dulu bye,” kata eizati_nabilela.

Selain itu, ada juga yang turut menyatakan bahawa Janna Nick tidak serik dikecam dan laparkan pehatian.

“Minta dikecam lagi ke dia ni? lapar betul,” kata radzuanfiradzi.

“Lapar perhatian,” kata farhannmohammad_

“Lapar perhatian ke sekarang ni” kata anisa_mokhtar.

Terdahulu, Janna berkata dia menerima segala komen dengan hati yang terbuka dan tidak akan memadam foto baju nampak dada itu daripada media sosialnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here