[VIDEO] Gobind cabar, Azmin sahut

0
271

TINDAKAN licik Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo yang mengambil kesempatan dengan menyelit cabaran kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ketika dia sepatutnya bertanyakan soalan lisan pada persidangan Parlimen hari ini, bukan sahaja disahut Ahli Parlimen Gombak itu.

Malah Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri turut bangkit tanpa gentar sambil mempertahankan diri dengan berkata: “Saya berani kerana ikut peraturan (mesyuarat), ini sesi soal jawab. Kamu sebagai peguam.”

Terdahulu Gobind yang sepatutnya bertanyakan soalan lisan mengambil kesempatan itu mencabar Mohamed Azmin untuk menjawab pertanyaan Khoo Poay Tiong (DAP-Kota Melaka) samada beliau adalah menteri kanan yang dimaksudkan.

Sebelum itu Poay Tiong mendakwa ada menteri kanan telah menghalang pada saat akhir bagi Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mempengrusikan sidang Dewan Rakyat semalam.

“Saya mencabar (Ahli Parlimen) Gombak adakah beliau menteri kanan tersebut. Berdiri dan jawab soalan itu sekarang. Kalau berani bangun dan jawab soalan itu,” desaknya.

Cabar mencabar yang turut disertai ahli-ahli Parlimen lain termasuk Teo Nie Ching (DAP-Kulai) itu membuatkan dewan gamat seketika sebelum ditenangkan
Timbalan Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon.

Rashid tidak membenarkan pertanyaan itu berdasarkan aturan mesyuarat pertanyaan-pertanyaan lisan, yang tidak membenarkan pertanyaaan berkaitan isu lain dibangkitkan.

Sesi pertanyaan lisan bersambung dengan Gobind mengemukakan soalan kedua kepada Dewan yang dijawab Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here