Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Maut dilanggar kereta api -
Bayi rentung

Maut dilanggar kereta api

SEORANG lelaki maut selepas dilanggar kereta api dalam kejadian di kilometer 4.5 landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kawasan Perusahaan Perai berhampiran Kampung Jawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, lelaki warga tempatan berusia 40-an itu mengalami kecederaan parah dalam kemalangan pukul 8.20 malam dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kereta api itu dari arah Butterworth menghala Bukit Mertajam, melanggar lelaki terbabit dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk tujuan saringan COVID-19 sebelum proses bedah siasat.

Beliau berkata, setakat ini siasatan mendapati kematian lelaki itu tiada unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak menceroboh kawasan yang dipagar atau melintasi landasan KTM kerana ia boleh membahayakan nyawa dan kerosakan harta benda,” katanya. BERNAMA