Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pemandu MPV lawan arus ada 4 rekod dadah -

Pemandu MPV lawan arus ada 4 rekod dadah

POLIS sudah mengenal pasti identiti pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu secara melawan arus sejauh kira-kira dua kilometer di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon, berkata suspek lelaki berusia 26 tahun itu mempunyai empat rekod lampau membabitkan dadah.

Polis sedang mengesan suspek yang keluar dari kenderaan dipandunya dalam keadaan masih bergerak sehingga terbabas ke parit sebelah kiri jalan.

“Hasil siasatan mendapati suspek mempunyai rekod dadah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Terdahulu media melaporkan MPV dipandu secara melawan arus dalam usaha pemandu dan penumpangnya untuk melarikan diri daripada ditahan polis.

Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, kedua lelaki itu cuba meloloskan diri selepas menyedari pemeriksaan yang diadakan anggota polis.

Penumpang MPV berusia 27 tahun sudah ditahan dan pemeriksaan menemui 19 paket dadah disyaki jenis syabu seberat 15.5 gram dalam beg sandangnya.