Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Hospital Medan ATM untuk pesakit Covid-19 di Pulau Pinang 95 peratus siap -

Hospital Medan ATM untuk pesakit Covid-19 di Pulau Pinang 95 peratus siap

Oleh WARTAWAN WARTA RAKYAT

HOSPITAL Medan yang dibangunkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khusus untuk merawat pesakit Covid-19 di Hospital Pulau Pinang (HPP), Georgetown kini sudah 95 peratus siap dan bersedia menerima pesakit dalam tempoh terdekat.

Panglima Division Kedua Infantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad berkata, ketika ini kerja-kerja teknikal dan mekanikal di hospital medan itu masih giat dibangunkan oleh anggota ATM.

Sambil melahirkan rasa puas hati dengan kerja-kerja pembinaan hospital itu oleh anggota ATM, Arman turut berharap operasinya kelak dapat membantu penduduk Pulau Pinang dalam melawan Covid-19.

“Saya hadir meninjau operasi pembinaan Hospital Medan ini hari ini selain memberi semangat kepada anggota ATM yang bertungkus-lumus dalam memastikannya dapat beroperasi dengan sempurna dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas meninjau operasi pembinaan hospital medan itu hari ini.

Pada 11 September lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan sebuah hospital medan akan dibina di kawasan parkir HPP bagi menampung lebih ramai pesakit Covid-19 di negeri ini.

Hopsital medan itu yang akan menempatkan 96 katil biasa dan empat katil ICU mula dibina anggota ATM pada 16 September lalu melibatkan sebanyak 23 khemah di atas kawasan seluas 2,300 meter persegi. – SB