Khairy lawat mengejut Hospital Kajang

0
260

HANYA diiring seorang pegawai, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan membuat lawatan mengejut ke Hospital Kajang hari ini.

Berdasarkan perkongsian Nik Aminuddin Nss di akaun Facebooknya, Khairy yang hanya mengenakan pakaian ringkas ‘hoodie’ dilihat bersembang dengan kakitangan yang ada.

“Sempoi YB KJ, Menteri Kesihatan datang diam-diam je ke Hospital Kajang, bawa sorang pegawai, datang hari Sabtu… Weekend semua Top Management hospital xde…. Sure Pengarah hospital pun tak tau… Macam ni baru tahu keadaan sebenar Hospital Kajang, ok ke tak,” ujarnya.

Ramai netizen memuji langkah tersebut yang disifatkan mereka sebagai ‘lawatan sebenar’.

“Terbaik macam ini kita nak”, ujar Matthie Zaithie.

“Pakai baju biasa takde kot²..sekali imbas tak kenal tu Kj.naya pak karim..tiba guard tengking..naya naya..macam ni kita nak,” kata Camy Nurkamyla.

Tidak kurang juga yang meminta Khairy melawat hospital lain.

“Next Hospital Klang YB,” kata Putra Ary Azuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here