Remaja dikhuatiri lemas ketika selamatkan rakan

0
245

SEORANG remaja lelaki dipercayai lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang tergelincir dan terjatuh dalam empangan di Jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu, Selangor petang tadi.

Hamzah Ilya Azman, 19, dikhuatiri terkorban sejurus bertindak nekad terjun ke dalam empangan itu semata-mata mahu menyelamatkan rakannya itu, namun gagal mengapungkan diri.

Rakannya, Ahmad Nabil Yassin Abdul Rashih, 20, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai ke lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata dalam kejadian pada jam 3.54 petang itu, mangsa dipercayai lemas selepas tidak timbul ke permukaan, sejurus terjun ke dalam empangan berkenaan.

“Gerakan mencari dan menyelamat sedang dilakukan pihak bomba bagi mengesan seorang mangsa itu,” katanya dalam kenyataan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here