Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiga rumah musnah dalam kebakaran -

Tiga rumah musnah dalam kebakaran

TIGA rumah penduduk di Jelutong Barat, di Georgetown, Pulau Pinang , musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Difahamkan, kebakaran itu menyebabkan 80 peratus kemusnahan membabitkan semua rumah berkenaan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Ahmad Tanusi Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.56 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi memadamkan api turut mendapat bantuan anggota dari BBP Lebuh Pantai dan Bagan Jermal.

  • “Ketika tiba di lokasi, didapati api cepat merebak berikutan kedudukan rumah dalam keadaan rapat selain diperbuat daripada kayu.

“Api berjaya dikawal kira-kira 35 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran itu.

Ahmad Tanusi berkata, operasi tamat sepenuhnya pada 5.17 pagi. – SB