Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penerbangan ihsan bantu bawa keluar pesakit Covid-19 -

Penerbangan ihsan bantu bawa keluar pesakit Covid-19

UNIT Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaksanakan penerbangan ihsan untuk membawa seorang wanita Orang Asli yang positif Covid-19, di Pos Belatim, untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Asalmi Alang, 59, dilaporkan mengalami deman dan sukar bernafas dan perlu dibawa keluar ke hospital dengan segera, petang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM Pangkalan Subang Mohd Farhan Marzuki berkata, pesakit dibawa dengan helikopter dari Pos Belatim.

Beliau berkata, helikopter kemudian mendarat di perkarangan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, jam 4.25 petang.

Pesakit yang dalam keadaan stabil kemudian dikejarkan ke Hospital Gua Musang,” katanya. – SB