17,577 kes Covid-19 hari ini, Sarawak kekal tertinggi

0
254

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEBANYAK 17,577 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Perkembangan itu menjadikan kumulatif kes positif virus berkenaan dalam negara setakat ini ialah 2,067,327 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian infografik dalam Twitter miliknya memberitahu, Sarawak terus menjadi penyumbang kes jangkitan harian tertinggi dengan 3,480 kes, diikuti Selangor dengan 2,646 kes dan Johor, 2,334 kes.

Sementara empat negeri merekodkan lebih 1,000 kes melibatkan Perak (1,596), Sabah (1,533), Pulau Pinang (1,462), dan Kedah (1,173).

Dalam perkembangan sama, Dr. Noor Hisham memaklumkan kapasiti dan penggunaan katil Covid-19 sehingga 5 petang, 16 September adalah 70 peratus melibatkan bukan Unit Rawatan Rapi (ICU), manalaka 76 peratus melibatkan katil ICU. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here