Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
17.97 juta rakyat lengkap vaksin -

17.97 juta rakyat lengkap vaksin

SERAMAI 17,973,545 individu atau 55 peratus populasi keseluruhan di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan seramai 21,783,871 individu atau 66.7% daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 202,298 dos vaksin Covid-19 yang merangkumi 62,108 dos pertama dan 140,190 dos lengkap turut diberikan semalam, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 39,685,414 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – SB