AHLI Parlimen yang berada di dalam Dewan Rakyat bagi mengikuti persidangan sesi petang kelihatan terpinga-pinga sekejap apabila melihat Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengambil tempat di kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Lebih terkejut pastinya kerana semua sedar bahawa Azalina merupakan bekas Timbalan Speaker tetapi telah meletak jawatan bulan lalu.
Sebaik duduk Azalina menyapa Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) yang ketika itu membahaskan usul junjung kasih kepada Titah Diraja menarik perhatian Ahli Parlimen.
Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) juga bangun bertanya apakah peraturan dipatuhi memandangkan Azalina sudah meletakkan jawatan pada 23 Ogos lalu.
Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) juga bangun dan berkata:
“Tolong jelaskan ini, kami tidak faham.”
Bagaimanapun, Azalina menjelaskan beliau diminta oleh Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun untuk mempengerusikan sidang buat sementara mengikut Peraturan Mesyuarat 7 (3).
“Saya telah diminta Speaker di bawah 7(3) diminta untuk pengerusikan mesyuarat bagi sementara waktu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.