Dua ditahan kes bakar pondok bit polis

0
337

POLIS menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kebakaran sebuah pondok bit polis berhampiran Pasar Jelawat, Bachok, Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, kebakaran kecil itu dipercayai berlaku pada 3.12 pagi Sabtu, dan kedua-dua lelaki yang berumur 24 serta 35 tahun itu ditahan pada 10.30 malam dan 2.30 pagi Ahad.

Katanya, hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan pondok bit polis itu mendapati, seorang lelaki menunggang motosikal pergi ke pondok tersebut lalu membuat nyalaan api sebelum beredar.

“Siasatan mendapati terdapat kesan jelaga pada dinding bahagian luar pondok dan kesan terbakar pada dinding selain kesan retak pada cermin tingkap,” kata Shafien, menurut laporan Bernama.

Kedua-dua suspek dikatakan mempunyai rekod kesalahan lampau dengan seorang daripadanya didapati positif dadah. Mereka kini direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here