Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Xavier Justo serang balik, nasihat Najib jalani 'pemeriksaan kesihatan mental' -

Xavier Justo serang balik, nasihat Najib jalani ‘pemeriksaan kesihatan mental’

BEKAS pengarah PetroSaudi International yang kemudian menjadi pembongkar maklumat dalam skandal 1MDB, Xavier Justo melancarkan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut laporan portal MalaysiaNow, ini selepas bekas perdana menteri itu menuduh Xavier mencuri data untuk mendapatkan wang daripada seorang usahawan yang berpangkalan di United Kingdom.

“Anda masih menulis cerita bohong tentang saya, dan orang lain. Mungkin ada dua sebab anda menulisnya. Pertama, sebab anda fikir dengan berulang kali bercakap mengenainya anda dapat tukar ia menjadi kebenaran.

“Sebab kedua mungkin kerana anda sudah menua, ingatan anda sudah ada masalah,” tulis Xavier Justo di Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran Facebook, Najib berkata Justo yang sakit hati dengannya mencuri data dan e-mel PetroSaudi selepas dipecat daripada syarikat itu.

“Lalu seorang warga United Kingdom bernama Kamal Sidiqqi berhubung dengan Xavier Justo supaya Justo boleh jual data PetroSaudi yang dicurinya kepada Clare Brown dari Sarawak Report,” kata Najib.

Najib kemudian berkata tiada satu pun dokumen dan e-mel yang didedahkan Justo menunjukkan salah laku olehnya dalam skandal 1MDB.

Tetapi Justo berkata, beberapa bukti di mahkamah termasuk di Switzerland, Malaysia dan Amerika Syarikat yang membuktikan Najib bersalah.

Justo turut menunjukkan tangkap layar peletakan jawatan beliau pada 2011, mengatakan Najib perlu menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

“Saya harap ini sekurang-kurangnya dapat hentikan anda daripada mendakwa saya dipecat kerana anda boleh lihat yang saya sendiri meletakkan jawatan.

“Bukti-bukti lain kebohongan anda ada di mahkammah jadi saya tak rasa nak dedahkannya di sini,” tambahnya.

Justo mendakwa Najib bersubahat dengan warga Arab Saudi yang juga CEO PetroSaudi Tarek Obaid dan Patrick Mahony, seorang lagi pengarah syarikat tersebut, dalam memaksa beliau menyebutkan nama Siddiqi dalam pengakuannya.

Obaid dan Mahony didakwa di Malaysia bersama usahawan yang kini diburu Low Taek Jho, atau Jho Low berhubung penglibatan mereka dalam penyelewengan dana dari 1MDB.

Justo berkata, Najib tidak menghormati keluarga Siddiqi yang masih bersedih di atas kematiannya baru-baru ini.

“Beliau adalah seorang peminat Malaysia dan orang-orangnya namun perbezaan antara anda dan dia (termasuk Jho Low, Tarek Obaid dan Patrick Mahoney) adalah dia tak pernah ambil duit daripada rakyat Malaysia,” tambahnya.