KEPUTUSAN Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.
Tidak kurang mengkritik termasuk daripada pemimpin-peminpin pembangkang dan pemimpin serta ahli partinya sendiri UMNO.
Namun kenapa, Ismail Sabri berani mengambil langkah tersebut yang telah mengundang banyak kritikan?
Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Media, Tay Tian Yan dalam tulisan rencana pengarangnya, berkata jawapan kepada persoalan itu adalah kerana Ismail Sabri perlu dan percaya kepada Muhyiddin.
Ini kerana menurutnya, kedudukan Muhyiddin di dalam Bersatu yang disifatkkannya sebagai sukar untuk diganti.
“Dia yang menubuhkan Perikatan Nasional (PN), Dia juga yang berjaya menyatukan UMNO, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Bersatu,” tulisnya.
Dalam amanat terakhirnya sebelum meletak jawatan Perdana Menteri, Muhyiddin berkata dia akan kembali.

“Dan dia kini kembali sebagai Pengerusi MPN, jawatan sama pernah disandang semasa menjadi PM,” tulisnya.
Tian Yan menambah, dengan perkembangan itu, ini adalah peluang kepada Muhyiddin untuk membaiki kekurangan dan imej tidak betul sebelum ini.
Beliau turut mengingatkan, jika Ismail Sabri tidak mampu untuk membawa PN sebagai sebuah pasukan pada Pilihan Raya Umum akan datang, tidak mustahil Muhyiddin akan kembali.
“Jadi Ismail Sabri perlu bertindak bijak dengan menjadikan Muhyiddin sekutunya,” tulisnya.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.