SEHINGGA setakat semalam, sejumlah 88.9 peratus (20.81 juta) populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 manakala 69.6 peratus (16.30 juta) yang lain telah lengkap diinokulasikan.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi laman Twitter rasminya hari ini juga memaklumkan sebanyak 326,476 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
JKJAV turut memaklumkan jumlah keseluruhan pemberian vaksin setakat ini ialah sebanyak 37,071,789.
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Februari oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin lalu memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
Objektif utama PICK yang telah ditetapkan adalah untuk mencapai 80 peratus daripada rakyat negara ini menerima suntikan penuh vaksin Covid-19 selewat-lewatnya hujung tahun ini. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.