Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
KWSP, Grab tanda tangani MoU simpanan persaraan -

KWSP, Grab tanda tangani MoU simpanan persaraan

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan syarikat penghantaran, Grab hari ini menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) bagi menggalakkan pemandu dan penghantar menabung di dalam simpanan persaraan melalui program i-Saraan.

Memorandum lanjutan MoU terdahulu yang ditandatangani pada Ogos 2018 tersebut ialah untuk ahli berumur bawah 55 tahun atau caruman sukarela bagi yang berumur 55 tahun ke atas.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam kenyataannya pada Selasa berkata, dengan inisiatif itu diharap para pemandu dan penghantar Grab akan mendaftar sebagai ahli demi kebajikan masa depan mereka.

Sementara Pengarah Urusan Grab, Sean Goh pula berkata, pihaknya akan memberi insentif seperti caruman tambahan lima peratus sehingga maksimum RM80 setiap tahun kepada pekerja bawah 55 tahun yang mencarum melalui program i-Saraan KWSP berkenaan

“Mereka bekerja keras setiap hari untuk menampung diri dan keluarga, dan ini mendorong kami untuk memberikan yang terbaik.

“Disebabkan itu, kami akan membuat caruman tambahan sebanyak 10 peratus untuk rakan kami yang berumur 55 tahun ke atas yang menyertai skim caruman sukarela dan juga rakan OKU.

Bagi pemandu dan penghantar berumur 55 tahun ke atas yang mencarum melalui program caruman sukarela KWSP, kadarnya ialah sebanyak 10 peratus sehingga maksimum RM120 setiap tahun ditawarkan oleh Grab.

Selain itu, Grab juga menawarkan caruman tambahan 10 peratus sehingga maksimum RM120 setiap tahun kepada pemandu dan penghantar daripada golongan orang kurang upaya (OKU) semua peringkat umur yang mencarum melalui i-Saraan atau program caruman sukarela KWSP.

i-Saraan merupakan skim caruman sukarela bagi membolehkan pekerja dalam ekonomi gig dan yang bekerja sendiri menabung untuk persaraan mereka melalui KWSP.

Pencarum i-Saraan akan menerima insentif kerajaan sebanyak 15 peratus bergantung pada jumlah caruman individu setahun, sehingga maksimum RM250 setahun, sementara di bawah program caruman sukarela pula, individu boleh mencarum sendiri pada bila-bila masa sehingga RM60,000 setahun.

Untuk makluman, pandemik Covid-19 yang melanda negara telah menyaksikan lonjakan bilangan pekerja pemandu dan penghantar, dengan angka terkini mencecah lebih 50,000 menyertai platform tersebut. – SB