Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Bapa tiri, ibu kandung didakwa dera anak -

[VIDEO] Bapa tiri, ibu kandung didakwa dera anak

SEPASANG suami isteri yang juga bapa tiri dan ibu kandung seorang kanak-kanak berusia 16 bulan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini atas pertuduhan mendera kanak-kanak itu, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berusia, 23 tahun, dan isterinya berusia 17 tahun, sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai juruwang di sebuah stesen minyak dan isterinya didakwa bersama-sama melakukan penganiayaan terhadap anak tersebut sehingga mangsa mengalami kecederaan di kepala, mata, badan dan tapak kaki.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah tidak bernombor di Felda Bukit Jalor, Ayer Kuning Selatan, Tampin, pada 3 hingga 25 Ogos lepas mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh lelaki diikat jamin RM10,000 manakala isterinya RM6,000 berserta syarat tambahan yakni perlu melaporkan diri dua kali sebulan di balai polis terdekat dan sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Sept depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Christhoper Enteri Anak Mawan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Muhammad Syafiq Stewart Abdullah. – SB