Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
JAIS tidak lantik pihak ketiga atur temujanji urusan kahwin -

JAIS tidak lantik pihak ketiga atur temujanji urusan kahwin

JAIS TIDAK LANTIK PIHAK KETIGA UNTUK JANJI TEMU URUSAN PERKAHWINAN

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan janji temu bagi urusan berkaitan perkahwinan.

JAIS menerusi hantaran ringkas dalam akaun Facebooknya memaklumkan bahawa bagi mendapatkan tarikh janji temu berkaitan urusan perkahwinan, ia hanya perlu dibuat melalui laman sesawang http://www.jais.gov.my sahaja.

“Segera laporkan kepada JAIS jika ada individu yang mengambil kesempatan menjual slot janji temu JAIS.

“Sebarang aduan atau pertanyaan boleh dikemukakan melalui panggilan telefon iaitu 03-5514 3400/ 03-5514 3600 atau e-mel ke buuk@jais.gov.my,” menurut hantaran itu.