Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kemasukan pelajar IPT secara fizikal dijangka Oktober ini -

Kemasukan pelajar IPT secara fizikal dijangka Oktober ini

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi (KPT) merancang membuka semula institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, rancangan itu adalah melalui Pelan Pemulihan IPT (PEMULIH IPT) dan langkah tersebut selari dengan usaha membolehkan pelajar pulang ke IPT apabila kesemuanya lengkap divaksin seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan khas beliau pada 22 Ogos lepas.

Beliau berkata, perkara itu juga telah dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara semalam.

“Bagi menjayakan agenda ini, petang tadi saya telah berjumpa dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi mencadangkan supaya pelajar dan kakitangan IPT diberikan keutamaan untuk mendapat vaksin di lokaliti masing-masing.

“Panjang lebar perbincangan kami petang tadi dan matlamat kami adalah sama untuk menyediakan komuniti kampus yang selamat menjelang Oktober nanti,” katanya dalam hantaran di laman Facebook malam ini.

Noraini berkata, KPT mengunjurkan keperluan sebanyak 1.296 juta dos vaksin bagi 648,000 pelajar yang masih belum menerima vaksin dan KPT mencadangkan supaya pusat pemberian vaksin IPT dijadikan PPV khusus untuk pelajar serta kakitangannya.

Beliau berkata, langkah itu bagi membolehkan program vaksinasi pelajar dilaksana secara besar-besaran.