Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Liek Hou mudah melangkah ke separuh akhir -

Liek Hou mudah melangkah ke separuh akhir

JUARA dunia enam kali Cheah Liek Hou tidak menghadapi masalah untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir acara badminton selepas mencatatkan kemenangan kedua peringkat kumpulan B pada temasya sukan Paralimpik Tokyo 2020 hari ini.

Bersaing dalam acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal), Liek Hou menampilkan persembahan cemerlang untuk menewaskan wakil Taiwan, Jen Yu Fang, 21-13, 21-19 di Stadium Nasional Yoyogi.

Pemain nombor dua dunia itu gembira bahawa Yu Fang memberi saingan sengit selepas hanya mengambil masa 15 minit untuk merangkul kemenangan mudah 21-3, 21-2 terhadap pemain Mesir, Eldakrory Ahmed Magdy Amin pada perlawanan pembukaan semalam.

“Saya akhirnya menemukan rentak permainan…terima kasih atas cabaran oleh Yu Fang. Saya ketinggalan 2-5 pada set kedua dan ketika itu dapat kembali rentak saya untuk mencapai kemenangan.

“Harap dapat mengekalkan momentum ini untuk kemenangan ketiga esok dan mengungguli kedudukan kumpulan,” katanya kepada pemberita.

Pemain pilihan kedua ini akan melengkapkan perlawanan kumpulan  dengan menentang pemain Jepun, Taiyo Imai, esok. – SB