Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Malaysia cari bukti CCTV kes pingat emas Ziyad -

Malaysia cari bukti CCTV kes pingat emas Ziyad

by

in

MALAYSIA akan cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi melihat situasi sebenar berhubung dakwaan atlet Paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli yang dikatakan lewat memasuki call room.

Menurut Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat Shahriman Zaharudin, langkah itu bertujuan untuk dijadikan bahan bukti bagi tindakan lanjut yang akan dibuat selepas ini.

“Kita sedang cuba dapatkan rakaman CCTV di bilik panggilan call room dan kawasan menunggu Stadium Olimpik Tokyo untuk dapatkan gambaran dan masa sebenar insiden bagi tujuan bahan bukti, untuk teruskan tindakan selanjutnya,” katanya ketika sidang media secara maya.

Dalam pada itu, pihaknya turut memberitahu, penjelasan telah dibuat kepada pihak Jawatankuasa Penganjur berhubung situasi sebenar yang berlaku terhadap Ziyad.

Mesyuarat yang turut disertai Ketua Kontinjen negara itu sebagai langkah untuk mempertahankan kemenangan yang diperoleh Ziyad menerusi acara lontar peluru lelaki F20 pada Selasa.

Megat Shahriman dalam masa sama memohon agar kerajaan dapat mempertimbangkan untuk memberikan ganjaran kepada Ziyad atas prestasi cemerlang di Olimpik Tokyo 2020.

Terdahulu pada aksi di Stadium Olimpik, Ziyad mencetuskan kegembiraan buat kontinjen negara apabila mengungguli acara berkenaan dengan melakar rekod dunia 17.94 meter (m) sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.

Pembatalan penyertaan Ziyad menyaksikan peserta dari Ukraine, Maksym Koval yang sebelum ini menduduki tempat kedua, meraih pingat emas dengan catatan 17.34m sekali gus rekod baharu dunia. – SB