Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lebih 64 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi: JKJAV -

Lebih 64 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi: JKJAV

SEJUMLAH 64.2 peratus atau 15,032,301 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di Twitter memaklumkan, sebanyak 84.3 peratus atau 19,741,754 orang adalah penerima dos pertama.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 34,752,340 dos.

Menurut JKJAV, 60.5 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 46.0 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 261,768 dos dengan 115,473 daripadanya adalah dos pertama manakala 146,295 telah melengkapkan penerimaan dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu ketika pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menggerakkan negara ke arah mencapai sasaran imuniti kelompok Covid-19. – SB