TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) akan berhubung dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk dapatkan maklum balas mengenai dakwaan isu kekurangan vaksin di Johor sehingga menyebabkan ada temujanji terpaksa dibatalkan.
Pertemuan itu akan diadakan susulan tular di media sosial apabila seorang lelaki berang selepas temu janji vaksinasi suntikan Covid-19 pertamanya dibatalkan atas alasan kehabisan dos.
“Saya juga akan berhubung dengan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan mengenai satu laporan yang saya terima mengenai kekurangan vaksin dan pembatalan temu janji untuk vaksinasi.
“Saya juga akan bangkitkan mengenai isu PPV Educity dan program vaksinasi untuk pekerja-pekerja kilang pada mesyuarat esok,” kata baginda.
Baginda juga telah menitahkan Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni, Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Haji Azmi dan Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dato’ Dr. Aman bagi mengadap hari ini. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.