Kadar vaksinasi membanggakan – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyatakan kadar vaksinasi negara adalah membanggakan susulan kejayaan negara menginokulasikan lebih daripada 80 peratus populasi negara.

Menurut beliau, kejayaan itu juga memberikan isyarat yang lembah Klang mampu untuk beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam masa terdekat.

“Syabas Lembah Klang kerana kadar vaksinasi cemerlang yang sudah mencapai lebih 80%!

“Dengan ini saya berpendapat bahawa Lembah Klang sudah boleh beralih ke fasa seterusnya,” katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi beliau, hari ini.

Ismail Sabri turut menyatakan perasaan bangga dengan semua pihak yang terlibat dalam pencapaian luar biasa tersebut.

Semalam, Ismail Sabri berkata kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang telah mencecah 89.5 peratus. – SB