SERAMAI 45 juta murid dan pelajar Indonesia mula ke sekolah selepas pembukaan semula sekolah di Jakarta dan Jawa Tengah, hari ini, selepas lebih setahun sejak Mac 2020, ditutup akibat pandemik Covid-19.
Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza dalam satu kenyataan berkata, kapasiti maksimum pelajar ditetapkan bagi setiap kelas adalah 50 peratus dan masa pembelajaran terhad antara 60 hingga 175 minit seminggu.
Jakarta yang merupakan pusat wabak terbesar di negara itu membuka semula sesi persekolahan selepas 85 peratus guru menerima vaksin lengkap, manakala 15 peratus lagi akan dibuka pada Januari depan.
Pemerintah menangguhkan rancangan membuka sekolah di Jakarta pada pertengahan tahun ini kerana risiko penularan wabak, malah ia tidak dilaksana sehingga Julai lalu selepas Indonesia menjadi pusat pandemik global yang mencatat lebih 2,000 kematian dan 40,000 kes sehari.
Sejak pandemik bermula pada 2020, negara itu merekod lebih empat juta jangkitan dan lebih 131,000 kematian akibat Covid-19. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.