Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Saya bukan penyanyi, hanya mahu luah isi hati rakyat - Azman Naim -

[VIDEO] Saya bukan penyanyi, hanya mahu luah isi hati rakyat – Azman Naim

PENYANYI lagu parodi media sosial, Azman Naim 44 Mantra yang popular dengan lagu-lagu saduran berunsur nasihat memberitahu apa yang dilakukannya selama ini hanya untuk meluahkan isi hati rakyat.

Pemilik nama sebenar Mohd Nur Azman Naim berusia 36 itu berkata, tidak pernah terlintas difikirannya untuk menjadi penyanyi, namun berharap mesej lagu dihasilkan sampai kepada kerajaan.

Populariti Azman yang melonjak selepas beliau dicari Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim baru-baru ini menegaskan, di sebalik semua lagunya banyak mengkritik kerajaan, dia bagaimanapun bukan antikerajaan.

“Sebelum ini kita nampak orang kalau nak tegur kerajaan mesti akan menggunakan cara yang biasa atau komen yang macam-macam tetapi tidak berkesan pun.

“Jadi saya buat sesuatu yang berlainan dengan menetapkan imej yang saya nak buat iaitu lagu berkaitan dengan isu semasa dan masalah yang orang ramai hadapi.

“Tujuan utama saya hasilkan lagu parodi tentang isu semasa adalah untuk membantu orang,” ujarnya ketika dihubungi SatuBerita.

Mengulas mengenai mesej tular bahawa Tunku Ismail mencarinya, beliau berkata, berita tersebut sememangnya mengejutkan.

“Berita itu siberitahu oleh rakannya yang juga anak kepada bekas Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba, setelah hantaran Instagram TMJ tular di media sosial.

“Saya terus balas mesej baginda dan diberitahu bahawa wakil baginda akan menghubungi saya,” katanya.

Menurut Azman Naim, ramai yang berpendapat bahawa dia antikerajaan tetapi beliau secara tegasnya menafikan perkara tersebut.

Baginya, ia hanyalah satu cara yang kreatif demi meluahkan isi hati rakyat dengan cara yang berlainan.

Disebalik berita gembira itu, Azman juga menyatakan beliau pernah diugut untuk dikenakan Akta Hasutan.

Namun, Azman tidak menghiraukan ugutan itu kerana menganggap ia hanya sekadar ugutan kosong.

Bagaimanapun, bakat serta kreativiti beliau telah mendapat perhatian TMJ, sekali gus memujinya dengan kapsyen “First Class” di Instagram baginda.