Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Khairy sedia galas tugas berat -

Khairy sedia galas tugas berat

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar, yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan meluahkan komitmen akan menggalas tugas itu sepenuh hati dalam usaha menjayakan agenda Keluarga Malaysia.

Ahli Parlimen Rembau ini bertukar porfolio dengan bekas menteri kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang bertukar ke Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan senarai kabinet baharu yang menyaksikan ramai menteri kabinet dikekalkan dengan sedikit pertukaran termasuk Khairy dan Dr Adham.

“Terima kasih kepada YAB PM, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberi.

“Insya’Allah, amanah yang sangat berat ini akan saya pikul dengan bersungguh demi Keluarga Malaysia.” katanya menerusi hantaran Twitter beliau, hari ini.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Kesihatan dianggap dua kementerian cukup penting ketika negara berusaha menangani isu pandemik Covid-19.

Status penghargaan Khairy itu pantas dibalas dengan ucapan tahniah pengikutnya dengan majoriti daripada mereka mengakui beliau memang layak memegang jawatan itu.

Ada juga yang sempat mengusik Khairy supaya memberi perhatian kepada tindakan seorang jururawat yang memperlekehkan peranan Khairy sebelum ini apabila tidak membenarkan penerima vaksin merakam video di PPV.

Alasannya, Khairy sudah meletak jawatan daripada Kabinet dan kebenaran yang diberikan kepada orang ramai untuk merakam gambar atau video sudah tidak terpakai.

Pemilik akaun @Azlan Strider berkata: “Tahniah YB..1st thing you need to do ialah cari nurse mana yang tak bagi rakam semalam kat PPV. Suka-suka jer dia mempekecilkan you dengan cakap since that you no longer menteri and ur opinion is no longer valid. Please give this small win to netizen. thank you,’