Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Menyamar Ketua Polis Johor untuk kegiatan penipuan -

Menyamar Ketua Polis Johor untuk kegiatan penipuan

Oleh ABU UBADILLAH RAHMAN

IBU Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mengesan terdapat pihak menyamar dan menggunakan nama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay untuk kegiatan penipuan.

Menurut Ayon Khan, pihak berkenaan menyamar dengan menggunakan nombor telefon 016-4818565 dan 010-8368223.

“Adalah diingatkan semua masyarakat dan orang awam tidak terpedaya dengan mana-mana orang yang menyamar sebagai Ketua Polis Johor.

“Sekiranya terkesan perbuatan demikian sila laporkan kepada ke mana-mana balai polis berdekatan atau pusat kawalan menerusi talian 07-2254047 atau hubungi Pegawai Khas Ketua Polis Johor 013-9058124,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – SB