Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Sektor pelancongan Kelantan rugi RM2.6 bilion tahun 2020 -

Sektor pelancongan Kelantan rugi RM2.6 bilion tahun 2020

SEKTOR pelancongan Kelantan mengalami kerugian RM2.6 bilion tahun lepas susulan pandemik COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri Mejar (B) Datuk Md Anizam Ab Rahman.

Beliau berkata, penularan wabak itu menyebabkan kekurangan kemasukan pelancong ke negeri itu, memandangkan pergerakan telah dihadkan sehingga memberi impak besar iaitu penyusutan 2.5 juta pelancong pada tahun lepas.

Md Anizam berkata demikian semasa sesi soal jawab pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kelantan, hari ini.

Beliau mengulas pertanyaan Mohd Syahbuddin Hashim (BN-Galas) yang ingin tahu apakah status serta anggaran kerugian sektor pelancongan Kelantan, akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Mengulas lanjut, Md Anizam berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM724,750 bagi membantu pemain industri yang terkesan, antaranya pihak hotel, pemilik inap desa, pemandu pelancong dan sebagainya.

“Antara bantuan yang kita berikan termasuk bantuan sanitasi kepada hotel yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di negeri ini, wang tunai RM1,000 masing-masing kepada agensi pelancongan, penggiat seni, pemandu beca dan sebagainya.

“Di samping sumbangan kerajaan negeri, kita juga menerima bantuan daripada Kerajaan Pusat yang bantu untuk meringankan beban pemain industri,” katanya.

Beliau turut berkata kerajaan negeri menerusi gelembung pelancongan membuat pelbagai promosi termasuk secara maya bagi memajukan semula sektor pelancongan tempatan. – BERNAMA