PH sedia pertimbang pelawaan sertai MPN

PELAWAAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sulung beliau kepada pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 pada Ahad lalu mendapat perhatian pimpinan Pakatan Harapan (PH).

Pimpinan blok pembangkang itu dalam satu kenyataan bersama hari ini menyatakan akan mempertimbangkan pelawaan berkenaan perkara itu penting untuk bersama-sama menangani pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi negara.

Selain itu, kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa penyertaan mereka bukan sekadar tangkap muat atau menjadi ‘rubber stamp’ kepada pandangan Kerajaan semata-mata.

Turut dinyatakan, fokus PH ini adalah untuk menjadi pembangkang yang berkesan dengan mengutarakan kritikan, teguran, syor dan pandangan yang membina dan bertanggungjawab.

Pada masa sama, membentangkan cadangan-cadangan alternatif yang bersesuaian kepada dasar-dasar Kerajaan, terutama berkait usaha menangani COVID-19, menghidupkan semula ekonomi, serta menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat. – SB