Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kes Covid-19 kembali meningkat lepasi 20,000 -

Kes Covid-19 kembali meningkat lepasi 20,000

KES harian Covid-19 di negara kembali melepasi 20,000 apabila 20,837 kes direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,593,602 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor kekal menjadi negeri tertinggi melaporkan kes harian iaitu sebanyak 4,645 kes.

Sabah merekodkan 3,376 kes, manakala Pulau Pinang (2,054), Kedah (1,772), Johor (1,743), Sarawak (1,543), Kelantan (1,422), Kuala Lumpur (1,284) dan Perak (1,242).

“Selain itu Pahang dengan 521 kes baharu, Melaka (396), Terengganu (383), Negeri Sembilan (351), Perlis (74), Putrajaya (27) dan Labuan (empat),” katanya menerusi laman Facebook rasminya hari ini.

Semalam, kes wabak itu mencatat penurunan selepas merekodkan 17,672 kes.