Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Remy Ishak, Isteri terima hadiah istimewa daripada Agong -

[VIDEO] Remy Ishak, Isteri terima hadiah istimewa daripada Agong

PELAKON Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof menerima hadiah perkahwinan yang istimewa daripada pihak Istana Negara.

Kiriman hadiah dibalut dalam kotak berwarna kuning itu dikirimkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

“Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas hadiah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

“Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku,” kata Remy menerusi satu hantaran di Instagramnya.

Remy selamat bergelar suami kepada pasangan pilihannya bergelar usahawan, Ezza pada Sabtu lalu.

Majlis yang berlangsung dengan begitu ringkas diadakan di sebuah masjid di ibu negara demi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Sementara itu, perkongsian Remy tersebut turut dihujani pelbagai ucapan tahniah dari peminat yang berasa gembira dan teruja atas hadiah yang diterima dari Istana Negara itu.

“Tahniah kepada Remy dan Isteri, dapat hadiah dari Tuanku,” kata Suraya.

“Ni mesti peminat setia, untungnya, tahniah Remy dan Isteri, semoga bahagia sentiasa dunia akhirat,” ujar Ainur Farish.