Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lukaku mula pamer bisa -

Lukaku mula pamer bisa

PENYERANG, Romelu Lukaku menggambarkan penampilan keduanya bersama Chelsea sebagai “dominan” selepas menjaringkan gol pertamanya untuk Blues dalam Liga Perdana Inggeris, ketika juara Eropah itu mengetepikan Arsenal 2-0, awal pagi tadi.

Pemain Belgium itu kembali ke Stamford Bridge dengan rekod perpindahan kelab yang dianggap pelengkap dalam usaha menjadikan pemenang gelaran Liga Juara-Juara itu kepada juara England.

Skuad kendalian Thomas Tuchel memulakan usaha ke arah itu dengan meraih enam mata setakat ini, menjaringkan lima gol dan kekal tanpa bolos daripada dua perlawanan pembukaan Liga Perdana.

Arsenal yang dibimbing Mikel Arteta sebaliknya masih belum meraih mata atau menjaringkan gol dan kelihatan jurang cukup besar dengan Chelsea.

“Saya boleh katakan dominan,” kata Lukaku mengenai persembahannya. “Kami sedar ia adalah perlawanan yang besar buat kami, semua orang melihat kami, kami bermain baik.

“Sebagai individu, saya cuba membantu pasukan. Saya katakan saya mahu menambah sesuatu yang berbeza kepada pasukan, saya harap dapat melakukannya dan saya mahu terus melakukannya.”

Permulaan mengecewakan Arsenal pada musim ini berterusan sebelum sepak mula apabila Ben White menjadi pemain kelima disahkan positif COVID-19 dalam kalangan skuad Arteta sejak 10 hari lalu.

“Saya rasa kerana itu mereka adalah pemenang Liga Juara-Juara. Mereka perlu diberi saingan pada tahap tertinggi sepanjang 90 minit,” kata Arteta.

Bekas penyerang Inter Milan itu menerima bola pada minit ke-15, mengatasi kawalan Pablo Mari ketika bola sampai ke kaki Reece James di sayap kanan dan menyambung hantaran untuk gol ke-114 Liga Perdana bagi empat kelab berbeza. – Agensi