Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Angka kes Covid-19 menurun, 17,672 kes baharu dilaporkan -

Angka kes Covid-19 menurun, 17,672 kes baharu dilaporkan

JUMLAH jangkitan kes COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan 17,672 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 1,572,765 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes dengan Selangor melaporkan kes di bawah 5,000 iaitu 4,316 kes.

Selain itu, negeri lain yang mencatatkan kes terbaharu seperti Sabah sebanyak 2,474 kes, Kedah (1,602), Sarawak (1,538), Pulau Pinang (1,451), Johor (1,367) dan Kelantan (1,176).

“Selain itu, Perak sebanyak 952 kes, Kuala Lumpur (891), Pahang (506), Negeri Sembilan (478), Terengganu (470), Melaka (363), Perlis (57), Putrajaya (24) dan Labuan (tujuh),” katanya menerusi Facebook hari ini.

Semalam, Malaysia merekodkan 19,807 kes baharu wabak itu.