Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Elak lambakan peria, siswazah UITM hasilkan kerepek -

Elak lambakan peria, siswazah UITM hasilkan kerepek

Kreatif dan kritis. Itulah yang boleh digambarkan mengenai kelebihan seorang siswazah Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang mengambil inisiatif menghasilkan kerepek peria pelbagai perisa untuk mengelakkan berlaku lambakan sayuran itu.

Aina Fatini Md Rizan, 24, berkata, idea untuk menghasilkan kerepek peria berkenaan timbul apabila tanaman peria yang diusahakan oleh suaminya, Mohamad Zulfazli Mohamad Arifin, 28, sejak 4 tahun lepas terjejas akibat sekatan pergerakan dan sukar untuk dipasarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Katanya, pada kebiasaannya tanaman peria yang diusahakan suaminya di tanah seluas 0.3 hektar di Kampung Kubang Palas, Banggu, dekat sini itu mampu memberi hasil sekitar 150 kilogram (kg) setelah selesai dituai dalam tempoh dua hari sebelum dipasarkan sekitar Kelantan termasuk ke Pasar Selayang, Selangor.

“Bagaimanapun, pasaran peria ini mula terjejas disebabkan pelaksanaan ‘lockdown’ yang membataskan penghantaran tanaman ini ke luar Kelantan namun, ia tidak menjadi penghalang bagi saya dan suami untuk terus membiarkan sahaja hasil tanaman peria kami membusuk.

“Bermula awal bulan ini, saya mengambil inisiatif untuk menghasilkan kerepek peria bagi mengelak berlaku lambakan sekali gus mengundang pembaziran,” katanya ketika di temui Bernama di rumahnya di Kampung Kubang Palas, Banggu, di sini.

Bercerita lanjut mengenai pemprosesan kerepek peria, Aina Fatini yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Sistem Maklumat itu mengakui pada awalnya ia tidak mudah dilakukan tanpa sebarang ilmu.

Katanya, beliau banyak berpandukan konsep ‘try and error’ selain mencari video-video rujukan di YouTube serta resipi untuk menghasilkan kerepek peria di Google.