Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Covid-19: 19,807 kes baharu hari ini -

Covid-19: 19,807 kes baharu hari ini

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

MALAYSIA mencatatkan 19,807 kes baharu hari ini sekali gus menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 berjumlah 1,555,093 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 5,379.

Ini diikuti Sabah dengan 2,638 kes, Kedah (1,948 kes), Sarawak (1,772 kes), Pulau Pinang (1,501 kes), Johor (1,391 kes) dan Kelantan, 1,196 kes.

Kuala Lumpur pula mencatatkan 999 kes, Perak (703 kes), Pahang (598 kes), Melaka (558 kes), Terengganu (534 kes) dan Negeri Sembilan (508 kes).

Hanya tiga kawasan mencatatkan kes dua digit iaitu Perlis dengan 54 kes, Putrajaya (24 kes) dan Labuan (4 kes). – SB