Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
12,000 anggota bomba siap siaga hadapi musim tengkujuh, banjir -

12,000 anggota bomba siap siaga hadapi musim tengkujuh, banjir

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meletakkan lebih 12,000 anggota serta pegawainya dalam keadaan siap siaga susulan musim tengkujuh dan kemungkinan banjir yang akan melanda negara ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, semua anggota terbabit di seluruh negara akan dikerahkan bagi tujuan memantau dan menyelamat di kawasan berisiko.

Jelasnya, ini merangkumi kesiapsiagaan mengatur gerak di kawasan dilanda banjir kilat, banjir lumpur mahupun tanah runtuh.

Pihaknya bergantung kepada maklumat disediakan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk menggerakkan sepenuhnya lebih 1,000 aset JBPM, selain anggota dan pegawai ke lokasi panas kawasan banjir dan bencana alam yang dikenal pasti.

“Maklumat diterima untuk tindakan kami termasuk mengenai jumlah taburan hujan di sesetengah kawasan, pasang surut air dan berkaitan monsun yang akan melanda,” katanya, hari ini. – SB