Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin Yassin solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab -

Muhyiddin Yassin solat Jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab

PERDANA Menteri Sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menunaikan solat jumaat di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara setelah masjid dan surau dibuka semula pada 8 julai yang lalu.

Menerusi hantaran di Facebook beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa syukur dapat menunaikan solat Jumaat di Masjid bersama jemaah yang lain di bawah pematuhan SOP yang teratur dan ketat.

“Kita perlu sentiasa mengambil langkah proaktif dan bertanggungjawab secara individu untuk memastikan keselamatan dan kesihatan semua terpelihara apabila kita berada di khalayak ramai termasuk di masjid dan di kawasan awam lain.” katanya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berdoa agar kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari virus COVID-19 dan diberi kekuatan untuk menempuh ujian, cabaran dan rintangan daripada pandemik ini.

“Mudah-mudahan keadaan akan beransur pulih dan negara Malaysia yang kita cintai ini akan sentiasa aman, makmur dan bangkit menjadi lebih kuat dari sebelumnya, insya-Allah.”

Beliau turut berpesan untuk tidak berhenti berdoa mengharapkan pertolongan daripada Allah SWT. 

Jelas beliau lagi, Itulah sifat hamba-Nya yang tidak mempunyai sebarang kuasa melainkan atas kurniaan yang Maha Esa.