Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Tuduhan fitnah semata-mata, saya maafkan mereka - Ebit Lew -

[VIDEO] Tuduhan fitnah semata-mata, saya maafkan mereka – Ebit Lew

PENDAKWAH terkenal, Ustaz Ebit Lew menyifatkan tuduhan yang mengaitkannya dengan kes yang sedang disiasat polis sebagai fitnah melampau semata-mata.

Ditemui selepas selesai memberi keterangan di Bukit Aman sebentar tadi, dia bagaimanapun berkata, sudah memaafkan mereka yang melempar fitnah berkenaan.

Ebit Lew berkata, kehadirannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sini pagi tadi, adalah sebagai saksi kes yang sedang disiasat polis.

“Saya dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan terhadap pertuduhan gosip di luar sana.

“Bagaimanapun saya serahkan segala-galanya kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Terdahulu Ebit Lew tiba di Bukit Aman kira-kira pukul 9 pagi ditemani peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican.

Ebit Lew berkata, pihak polis mengambil masa lebih satu jam untuk merakam kenyataannya dan dia telah memberikan kerjasama sepenuhnya.

Apa yang terjadi ujarnya, akan membuatkan dia berasa lebih bersemangat untuk membuat kebaikan sampai bila-bila.

Sementara Hasnal berkata, setakat ini polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes berkenaan, namun belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini.

“Setakat ini polis juga memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya,” katanya.

Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan meminta semua pihak tidak membuat spekulasi dan provokasi bagi memastikan kes tersebut dapat disiasat dengan telus.

Katanya, Ebit Lew dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes gangguan seksual yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut,” ujarnya. – SB