TIDAK salah berkongsi rezeki kerana boleh jadi, doa mereka antara yang diangkat di sisi Allah SWT.
Itulah nasihat pelakon dan pelawak, Zizan Razak peminat dan orang ramai yang menonton sebuah video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya.
Dalam video berdurasi satu minit berkenaan, kelihatan Zizan memberikan makanan kepada seekor anjing betina dan anak-anaknya.
“Tadi saya beri ibu anjing itu makan kemudian saya lihat dia gonggong makanan itu ke tempat lain. Ingatkan dia pergi mana rupa-rupanya dia bawa makanan itu kepada anak-anaknya.
“Jika nampak haiwan comel ini berilah makan kepada mereka kerana kita tidak tahu mungkin dia mendoakan kita rezeki dan sebagainya,” kata pelawak itu dalam video yang dikongsikan.
Artis berkenaan turut berkongsi satu lagi nasihat kepada mereka yang menonton videonya itu.
“Nasib baik tak kene gigit anjing. Sedikit nasihat buat semua,” kongsinya. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.