DATUK Seri Abdul Hadi Awang berkata, bahawa beliau akan terus bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin di waktu senang dan susah.
Dalam hantaran di Facebooknya malam tadi Presiden Pas itu berkata, beliau telah menghubungi Muhyiddin dan menyatakan komitmen terus bersama di waktu susah dan senang.
“Sebentar tadi saya telah menghubungi Muhyiddin Yassin, menzahirkan setinggi penghargaan dan memberikan kata-kata semangat kepadanya.
“Saya turut mengulangi komitmen untuk terus bersama di waktu senang dan susah, khususnya dalam usaha memulihkan negara dan memperkukuh perpaduan sesama kita,” katanya.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara, susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri ‘caretaker’ sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong ketika menghadap Baginda di Istana Negara pada Isnin.
Tindakan itu diambil selepas 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadapnya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan PN. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.