Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Muhyiddin tiba di Istana Negara -

Muhyiddin tiba di Istana Negara

KENDERAAN membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memasuki pekarangan Istana Negara kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi.

Muhyiddin dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan kedudukannya selaku perdana menteri.

Berdasar maklumat tidak rasmi Muhyiddin dijangka mengadakan perutusan khas pukul 2 petang.

Terdahulu ketika ketibaan, Muhyiddin dilihat membuka tingkap kereta dan melambai kepada petugas-petugas media sebelum memasuki perkarangan Istana Negara sebentar tadi.

Sebelum itu, sekitar jam 10.45 pagi tadi, kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun diiringi polis pengiring memasuki pekarangan Istana Negara.

Manakala Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani turut tiba di sini sekitar jam 11.15 pagi tadi.

Pada sebelah pagi, Muhyiddin mengadakan mesyuarat dengan anggota Jemaah Menteri dan pegawai tertinggi kerajaan di bangunan Perdana Putra Putrajaya. – SB