PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan pejabatnya di Putrajaya pukul 12 tengah hari tadi, dipercayai terus menuju Istana Negara.
Muhyiddin sempat melambaikan tangan kepada pemberita yang menunggunya di luar bangunan Perdana Putra.
Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong berkaitan kedudukannya selaku perdana menteri.
Terdahulu Muhyiddin bermesyuarat dengan anggota Jemaah Menteri dan pegawai tertinggi kerajaan di Perdana Putra.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.